Percutian di Cameron Highlands

Salam...
Pada 21hb 10 2011 kami satu family with my mum n dad ke Cameron..memula tak plan pun..kita ikut rombongan che kiah hantar org kawin area gua musang, so dah dekat  terus terlajak gi Cameron Highlands. Itulh first time aku n anak2 jejak ke Cameron..Malangnya sepanjang perjalanan ke sana cuaca mendung and kadang2 hujan turun sangat lebat..terpaksa Mr driver berhati-hati time bawa kete, sampai kat Cameron Hinglands dah Maghrib, try je walk in cari rumah peranginan persekutuan kot2 la ada kosong rupanya dah penuh. Kata penjaga rumah peranginan tu kalo nak datang walk in time office hour je baru bole tahu ada bilik kosong ke tak. Sebenarnya aku ada buka laman web nak buat tempahan tapi dah penuh. Saje la aku  nak try coz aku ni keje ngan gomen kot2 la bole dapat bilik murah.Kat Cameron Highlands banyak sangat sebenarnya hotel2, tempat perginapan bajet kita bole pilih je ikut kehendak, Kami akhirnya ambil keputusan untuk menginap kat hotel Country Lodge dekat jugak la kalo nak gi night market kat situ.
Nak stop sini dulu  bole saksi kan la picture yg sempat diambil kat sana yee..
 Along Amsyar n Angah Absyar berposing dalam bilik hotel Country Lodge, Cameron sonot la korang ye katil nyer beso woo..
My mum n dad di hadapan rumah peranginan persekutuan, bergambar je tak tido pun kat situ.

So happy with toys monkeys..kena beli 2 kalo tak gaduh2
sori gambar malas nak edit, ni kat depan hotel country lodge..siap2 nak gi shopping ni

Lambaian Kaabah

Salam..
Baru balik hantar ayah, mak dan tok ke lapangan terbang tadi...ramai betul manusia kat airport. Park kereta jauh sangat then kena jalan baru le sampai dekat airport. Maklum la sekarang kan musim haji, so tadi kitaorg dan sanak sedara yg lain hantar ayah, mak dan tok ke airport coz dorang bakal haji for this year. Terharu melihat manusia yg ramai... kendian menangis2 bila bersalaman2 dengan bakal haji...lastly sempat juga bergambar dengan ayah sebelum beliau berangkat ke tanah suci..Ku doakan semoga kalian semua pergi dan balik dengan selamat. Dan penting mendapat haji mabrur. Amin..

Pic: Kenangan bersama keluarga n ayah.

PROGRAM SELEPAS PMR 2011

Salam...

Di sini saya senaraikan antara program yang dirancang selepas PMR tahun 2011
Aktiviti-aktiviti :
1. Aktiviti keceriaan dan membersihkan stor/bilik
2. kelas masakan
3.kelas jahitan manik
4. memasang litar elektrik
5.permainan tradisional-congkak, batu seremban
6.Tayangan video
7. Hafazan surah-surah pilihan
8. Explore race
9. Membina blog
10. Hiasan dalaman
11. Perlawanan persahabatan antara sekolah permainan - badminton, pingpong
12. Menceriakan kawasan sekolah

Cikgu berharap agar pelajar dapatlah memanfaatkan masa yang ada dengan menyertai program yang bakal dilaksanakan selepas PMR nanti.

Jemputan Ke Majlis Solat hajat 2011

Salam..

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan majlis solat hajat sempena peperiksaan yang bakal dihadapi oleh para pelajar PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Majlis akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 29 september 2011 (khamis)
Masa  : 6.30 petang
Tempat : Surau SMK SA

Diharap semua guru dapat hadir ke majlis tersebut.

Rumah Kita

Salam..

Hari ni cuti nuzul quran...so kami satu family plan la nak tengok umah yang masih dlm pembinaan..
apa jadi la ngan rumah tue yee.. bape % dah siap agaknye..ari ni baru ada masa nak jenguk rumah.
Jeng jeng jeng ..inilah pondok ku..
 Pic 1: Amsyar meninjau2 keadaan umah..


Pic 2: Ini ruang tamu nyeee..Amsyar tengok ape tue??


Pic 3: Ini dapur nya..muat untuk 2-3 org je kot..

ok stop sini dulu..nanti update lg rumah kita bila dah siap yee..Assalamualaikum

Inilah cerita ku

Salam...
Syukur akhirnya wujud juga blog ini, asalnye langsung tidak berminat nak berblog ni, maklum la saya ni bukan jenis pandai sangat bab karang mengarang ni. Saya dapat idea nak buat blog ni masa tengah meeting..haha time meeting pun bole berangan yee..time tu ada meeting program pelajar lepas PMR. Kata pengerusi "cikgu kena fikir apa program yang akan dilaksanakan lepas budak abis PMR nanti.." kata saya 'alamak ape la aku nak buat kat budak2 ni yee..'untuk pengetahuan semua saya ni cikgu di sebuah sekolah menengah yang mengjr sejarah. sebenarnya saya tahu bab2 IT tapi dah lama saya tinggalkan dunia tu. kiranya saya ni dah jahil sangat tentang komputer. Tengah2 duk meeting tu la saya dapat idea nak ajar pelajar saya untuk membina blog sehingga pandai. so kalau nak ajar kena la cikgu ni pandai dulu...so saya pun mula la menggoggle mencari cara bagaimana nak buat blog..walaupun masih belajar so this is my blog...ku nama kan blog ini my izzul sempena 3 Zul yang wujud dalah hidup ku. Suami ku Mohd Zulkifli dan anak-anak ku Muhammad Izzul Amsyar dan Muhammad Izzul Abysar. Harapan saya agar alang2 dah buat blog biarkan saya rajin jugak nak mengupdate blog ni dengan kisah hidup, cerita cerituk dan ape2 jela yang saya nak tulis.  so ini lah tulisan pertama untuk blog saya..semoga bertemu di lain masa yee..Assalamualaikum semua..